Beliau juga menyarankan Ahli-ahli MPK agar mengadakan perundingan dan bermuafakat dengan anak-anak buah kampung mengenai apa jua perkara yang berkebajikan untuk kesentosaan dan kesejahteraan, terutamanya yang berkaitan dengan permasalahan anak-anak kampung, keselamatan dan keamanan di kampungnya dan negara umumnya.
Selain itu beliau mengingatkan Ahli-ahli MPK yang baru dilantik untuk membantu Ketua Kampung menjalankan peranan, tugas dan tanggungjawab ketua kampung antaranya mewujudkan, memelihara dan mengekalkan persefahaman, perpaduan dan keharmonian hidup bermasyarakat serta menggalakkan semangat bermucang-mucang.
Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian sijil-sijil kepada Ahli-ahli Jawatankuasa MPK Batang Tuau dan kawasan sekitarnya bagi sesi tahun 2006-2011.
Mesyuarat antara lain meneliti dan mensahkan Minit Mesyuarat Agong MPK Batang Tuau dan kawasan sekitarnya, pembubaran ahli jawatankuasa sesi 2006-2011 serta melantik ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2012-2016.
(Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim)
Kembali ke muka utama