Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Hotline || Arkib ||

EDISI ISNIN,
RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Peserta BICET 2012 diraikan
di Majlis Makan Malam

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Januari. - Lebih 100 peserta yang menghadiri Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan dan Teknologi Brunei 2012 (Brunei International Conference in Engineering and Technology-BICET 2012) Kali Keempat malam ini diraikan pada Majlis Makan Malam bagi mengalu-alukan kedatangan mereka.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini ialah Naib Canselor Institut Teknologi Brunei (ITB), Dato Paduka Dr. Haji Omar bin Haji Khalid.


NAIB Canselor Insitut Teknologi Brunei (ITB), Dato Paduka Dr. Haji Omar bin Haji Khalid ketika hadir meraikan para peserta yang menghadiri BICET 2012 di salah sebuah hotel terkemuka.
(Foto : Hj. Masmaleh Hj. Mohd. Ali)

Para peserta persidangan BICET selama dua hari itu terdiri dari Penyelidik-penyelidik tempatan dan antarabangsa, Pakar-pakar Sains dan Pengamal-pengamal yang memberikan sumbangan dalam pembangunan kejuruteraan dan teknologi terkini.

Persidangan BICET anjuran ITB bermula hari ini dengan membawakan tema 'Pembangunan Yang Mampan Melalui Kejuruteraan dan Teknologi Terkini' (Sustainable Development Through Advances in Engineering and Technology).

BICET merupakan 'platform' perbincangan akademik bagi pertukaran pakar pengetahuan dalam penyelidikan antarabangsa, pakar-pakar sains dan para pengamal dalam menangani isu-isu utama dan kemajuan dalam bidang yang berkaitan dengan kejuruteraan dan teknologi.

Persidangan BICET antara lain bertujuan untuk menyediakan forum bagi pertukaran disiplin kerja penyelidikan dan terkini dalam kejuruteraan dan teknologi di samping bertujuan bagi menyediakan peluang ke arah menerokai potensi penyelidikan kerjasama di kalangan para peserta persidangan tersebut.

(Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim)

Kembali ke muka utama