Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Hotline || Arkib ||

EDISI ISNIN,
RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Ceramah khas motivasi kerja
di Cawangan 'E' Balai Bomba Tutong

TUTONG, Khamis, 26 Januari. - Cawangan 'E' Balai Bomba Tutong telah mengadakan ceramah khas motivasi kerja diselajurkan dengan Membaca Ratib Al-Attas petang ini di Balai Bomba Tutong.

Hadir di majlis tersebut, Pegawai Pemerintah Operasi 'E', Bomba dan Penyelamat Daerah Tutong, SNR. SUPT Tahir bin Haji Muktal.


ANTARA Pegawai kanan dan pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Tutong dari Cawangan ‘E’ Balai Bomba Tutong yang hadir mendengarkan Ceramah Motivasi Kerja di Balai Bomba Tutong.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pegawai Balai Stesen Komader BBT, Awang Muhammad Ali bin Hassan yang menjelaskan aktiviti tersebut julung-julung kali diadakan dan ianya merupakan salah satu pelaksanaan Program Perancangan bulan Januari 2012 bagi semua peringkat anggota Balai Bomba Tutong.

Perancangan seterusnya jelasnya, akan diadakan bengkel kumpulan kerja cemerlang selama satu bulan bagi Pasukan ABC dan 'office hours' yang akan bermula pada minggu pertama bulan Februari 2012 di mana bengkel berkenaan akan dikendalikan oleh beliau sendiri selaku fasilitator dan jurulatih KKC dalam usaha mendedahkan 'tools' serta membudayakan KKC kepada semua peringkat anggota Balai Bomba Tutong.


PARA Pegawai dari Cawangan ‘E’ Balai Bomba Tutong ketika menyertai Bacaan Ratib Al-Attas di Balai Bomba Tutong.

Ceramah berkisar mengenai hal ehwal tuntutan kerja yang memfokuskan kepada tuntutan kerja selaku warga perkhidmatan awam yang berunsurkan nasihat, pandangan serta memberikan tunjuk ajar yang berguna dalam sama-sama meningkatkan kualiti perkhidmatan disampaikan oleh penceramah undangan, Pemangku Penolong Pengarah Kaunseling, Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan, Awang Aliyusri bin Haji Abdul Gafur.

Majlis diteruskan dengan Membaca Ratib Al-Attas bagi anggota yang beragama Islam dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Awang Haji Abdul Nuin bin Hassan.

(Berita dan Foto : Aryentty Haji Ariffin)

Kembali ke muka utama