Pelita Brunei - utama

Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Hotline || Arkib ||


EDISI ISNIN,
RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara


Haluan

Cerpen


Cetusan Minda


Minda Pembaca


Remaja


Seruan Suci


Tinjauan


Sastera dan Budaya


Sains dan teknologi penting dalam pertahanan dan keselamatan negara

SUNGAI AKAR, Khamis, 2 Februari. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bersabda menekankan pentingnya peranan sains dan teknologi dalam pertahanan dan keselamatan negara khususnya sebagai 'force multiplier' bagi menggandakan kekuatan angkatan tentera dan keselamatan anggotanya.

Menurut Duli Yang Teramat Mulia, teknologi adalah pemangkin kepada transformasi institusi pertahanan, namun pertumbuhannya yang begitu pesat mencabar keupayaan dan belanjawan negara untuk berada di tahap yang diingini.

Menyedari hakikat bahawa perkembangan teknologi tidak ada batasannya sabda DYTM, banyak negara telah mengambil langkah untuk meningkatkan industri pertahanannya sendiri dan ini termasuklah langkah membuat pelaburan awal dalam bidang kajian dan perkembangan dengan membentuk dasar teknologi mereka sendiri.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah bersabda demikian di Upacara Sovereign's Parade bagi Pegawai Kadet Pengambilan Ke-6 ABDB di Padang Kawad Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan ABDB, Perkhemahan Sungai Akar di sini.

Sehubungan itu, DYTM bersabda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Kementerian Pertahanan mengemaskinikan struktur pentadbiran dan melakar strategi untuk mengembangluaskan kesedaran dan penggunaan teknologi dalam institusi pertahanan tanah air.

Dalam hubungan ini DYTM yakin Akademi Pertahanan dan Sekolah Pegawai Kadet khususnya, mempunyai peranan penting dalam mendukung hasrat ini dan untuk menanamkan kesedaran yang berterusan mengenai kepentingan perkembangan teknologi di kalangan pegawai-pegawai kadet.

"Akademi Pertahanan hendaklah mengorak langkah ke arah membina suasana pembelajaran yang lebih kondusif kepada kehendak peningkatan ABDB," sabda DYTM.

Di upacara tersebut, DYTM berkesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga Akademi Pertahanan, khususnya Komandan, Pegawai Pemerintah, Colour Sergeant dan pegawai-pegawai yang terlibat, atas segala usaha dan tenaga yang disumbangkan dalam melatih dan mendidik pegawai-pegawai kadet hingga sampai ke penghujungnya.

(Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Saerah Haji Abdul Ghani)

Kembali ke muka utama