|
Latihan penuh perhimpunan dan perarakan Sambutan Maulud
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Februari. - Tinggal beberapa hari saja lagi, umat Islam di negara ini akan meraikan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bagi Tahun 1433 Hijriah.
Sambutan yang bertemakan 'Ukhuwah dan Muafakat Negara Berkat' akan berlangsung serentak di seluruh negara pada hari Ahad, 12 Rabiulawal 1433H bersamaan 5 Februari 2012M, jam 7.00 pagi.
 MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman ketika hadir menyaksikan latihan penuh Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam Peringkat Negara di ibu negara.
Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Negara akan diadakan di Taman Sir Muda 'Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara.
Sehubungan itu, hari ini diadakan latihan penuh Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Negara dan latihan adalah untuk melihat keberkesanan dan melicinkan perjalanan semasa hari kemuncak nanti.
 BAGI memberkesankan perjalanan Sambutan Maulud pada hari Ahad ini latihan penuh Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam Peringkat Negara diadakan di Taman Sir Muda ‘Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara.
Hadir menyaksikan latihan, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Tahun 1433 Hijriah.
Kembali ke muka utama
|