KEMENTERIAN Kesihatan menasihatkan
orang ramai yang ikut serta dalam Perhimpunan
dan Perarakan Maulud Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam pada hari Ahad,
12 Rabiulawal 1433 Hijriah bersamaan
5 Januari 2012 Masihi supaya sentiasa menjaga
keselamatan dan kesihatan masing-masing.
Kementerian Kesihatan juga menasihatkan
orang ramai agar akan dapat mengambil
langkah-langkah bagi mengelak sebarang
kemudaratan yang boleh menjejaskan kesihatan.
Langkah-langkah berkenaan termasuk:
• Memastikan diri dalam keadaan sihat dari
segi fizikal dan mental.
• Mereka yang kurang sihat seperti mengalami
demam untuk berehat di rumah dan tidak
digalakkan untuk turut serta.
• Mereka yang menghidapi penyakit kronik
yang kurang stabil juga tidak digalakkan untuk
turut serta.
• Mengambil sarapan pagi yang bersesuaian
di rumah sebelum ikut serta.
• Sentiasa memastikan pengambilan air yang
mencukupi bagi mengelakkan kekurangan
cecair badan dan dehydrasi.
Kembali ke muka utama