|
Pemain dan penaja tandatangani kontrak dengan DPMM FC
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Februari. - Kelab Bola Sepak DPMM FC telah mengadakan Majlis Menandatangani Kontrak Brunei DPMM FC Dengan Penaja-penaja dan Pemain-pemain Bagi Kejohanan Bola Sepak Liga Singapura (Liga S) 2012 di sebuah hotel, di sini, malam ini.
Timbalan Pengerusi Kelab Bolasepak DPMM FC, Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj hadir menyaksikan majlis berkenaan.
 PEMAIN DPMM FC menandatangani perjanjian kontrak bersama kelab.
Majlis bermula dengan penandatanganan pemain tempatan yang diserapkan ke dalam pasukan untuk mengharungi cabaran Kejohanan Bola Sepak Liga Singapura 2012 (Liga S) Kelab Bola Sepak DPMM FC telah ditandatangani oleh Pengurus Kelab, Pengiran Haji Muhd. Waslimin bin PSJ Pengiran Haji Abd. Momin dan Pengurus Pasukan DPMM FC, Mohd. Ali bin Haji Momin.
Brunei DPMM FC musim ini bakal menyaksikan kombinasi muka lama dan baru di samping mengikat empat pemain import termasuk pemain pertahanan tinggi lampai, Tales Ricate Dos Santos dari Brazil, pemain tengah, Osman Barisu dari Ghana dan Ivan Jerkovic dari Croatia dan Rodrigo Gral dari Brazil bakal digandingkan dengan penyerang lincah tempatan, Mohd. Shahrazen.
Antara tongak lama yang masih disandarkan masuk Mohd. Shahrazen, Muhammad Abu Bakar Mahari, Suhaimi Haji Md. Yussof, Azwan Muhd Salleh dan Rosmin Haji Md. Kamis.
 PENGURUS Kelab DPMM FC bersalaman dengan Timbalan Pengerusi dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif RBA, Dermot Mannion selepas Majlis Penandatanganan.
Majlis berkenaan juga diselajurkan dengan Majlis Penandatanganan Kontrak Penaja-penaja Dengan Kelab Bola Sepak DPMM FC yang diwakili oleh Pengurus Kelab, Pengiran Haji Waslimin dan Pengurus Pemasaran, Haji Momin bin Haji Md. Jaafar.
Antara penaja ialah Sri Sentosa Sdn. Bhd; Mitsubishi Corporation; Maju Motors Sdn. Bhd.; Brunei Shell Marketing Co. Sdn. Bhd.; Hock Hin Development Sdn. Bhd.; DST Communication Sdn. Bhd.; Sivil Sdn. Bhd.; RBA Sdn. Bhd.; Riverview Hotel Sdn. Bhd. dan Sport Partnership PTE. Ltd.
Sebelum itu, beberapa syarikat-syarikat juga menyerahkan sumbang cheque kepada kelab berkenaan yang diterima oleh Pengurus Kelab DPMM FC, Pengiran Haji Waslimin.
 TIMBALAN Pengerusi Kelab DPMM FC bergambar ramai dengan penaja-penaja.
Dalam pada itu, Pengurus Kelab DPMM FC melahirkan penghargaan kepada semua penaja dan penyumbang yang sama-sama menyokong kelab berkenaan.
"Sumbangan yang diberikan itu juga membuktikan sokongan padu dari pihak-pihak berkenaan untuk sama-sama menjayakan kejayaan kelab ini," jelasnya.
Pasukan DPMM FC akan memulakan cabaran Liga S bertemua dengan pasukan Tempines Rovers pada 12 Februari depan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
(Berita dan Foto : Samle Haji Jait)
Kembali ke muka utama
|