Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Hotline || Arkib ||

EDISI ISNIN,
RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Empat orang tandatangani
Memorandum Persefahaman

JERUDONG, Jumaat, 3 Februari. - Independent Motorcycle Club, Cityneon Brunei, Kayu Nasi Kandar (B) Sdn. Bhd. dan SMARTER Brunei masing-masing menandatangani Memorandum Persefahaman berasingan di VIP Lounge Jerudong Park Amphitheatre.

Keempat-empat penandatanganan perjanjian dan penyerahan kontrak tersebut ditandatangani oleh Presiden Independent Motocycle Club, Pengiran Husairi bin Pengiran Haji Matusin, mewakili Independent Motorcycle Club.


PRESIDEN Independent Motocycle Club, Pengiran Husairi bin Pengiran Haji Matusin bertukar memorandum yang ditandatangani bersama Pengarah Urusan Cityneon Brunei, Dato Ting Jack Chai.
(Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

Cityneon diwakili oleh Pengarah Urusan, Dato Ting Jack Chai, manakala bagi pihak Kayu Nasi Kandar (B) Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengarah Konsultant, Abdul Rani bin Siteh dan bagi pihak SMARTER diwakili oleh Presiden SMARTER, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman.

Majlis diteruskan dengan Sidang Media mengenai dengan Kelab Motorsikal Bebas Brunei dan City Neon yang akan menganjurkan Minggu Motorsikal Brunei Ke-2, 2012 yang akan bermula dari 2 hingga 4 Mac 2012 di Amphitheatre Jerudong Park.


PENGARAH Konsultan Kayu Nasi Kandar (B) Sdn. Bhd., Abdul Rani bin Siteh bertukar memorandum yang ditandatangani bersama Presiden Independent Motocycle Club, Pengiran Husairi bin Pengiran Haji Matusin.
(Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

Ini merupakan kali kedua kelab tersebut akan menjadi tuan rumah kepada acara yang mempunyai taraf antarabangsa dan kelab tersebut telah pun beberapa kali menyertai Minggu Antarabangsa Motorsikal.

Peserta-peserta Minggu Motosikal Brunei akan disertai oleh Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura terutama dari negeri jiran Sabah, Sarawak dan Kalimantan yang akan menunggang motorsikal mereka langsung ke Negara Brunei Darussalam.


PRESIDEN SMARTER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman bertukar memorandum yang ditandatangani bersama Pengarah Urusan Cityneon Brunei, Dato Ting Jack Chai.
(Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

Minggu Motorsikal Brunei 2012 dijangka akan disertai 1000 peserta luar negara dan para pengunjung dan akan berlangsung selama tiga hari. Diantara aktiviti-aktivitinya ialah Gusti Lengan, Terbakar, Pameran Kereta, Perlumbaan Piala Prix, Pertandingan Melukis Motosikal dan banyak lagi.

Acara utamanya yang akan menjadi penarik Minggu Motosikal 2012 ini ialah menunggang motosikal menuju negara Thailand the kingdom of unexpected Treasure bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-28 Tahun 2012.

(Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid)

Kembali ke muka utama