Perancangan Kewangan Islam direka khas untuk para profesional dan eksekutif yang memberikan khidmat kewangan Islam secara runcit.
Inovasi yang berterusan bagi produk kewangan Islam dan peningkatan permintaan pelanggan runcit Islam yang arif, memerlukan ahli profesional perancangan kewangan yang lebih cekap dan amalan beretika.
Terdapat enam modul untuk melayakkan diri sebagai IFP termasuk Asas Perancangan Islam, Pengurusan Risiko dan Perancangan Takaful, Perancangan Pelaburan Islam, Zakat dan Perancangan Cukai, Hartanah Islam, Waqaf dan Perancangan Persaraan dan Pembinaan Perancangan Kewangan dan Tanggungjawab Profesional.
Pelanggan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Perkhidmatan Perancangan Kewangan BIBD boleh menghubungi 2269766, 2269767 atau 2269768 untuk berhubung dengan salah seorang daripada perancang kewangan mereka yang disahkan.
(Oleh : Haniza Abdul Latif)
Kembali ke muka utama