Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Hotline || Arkib ||

EDISI ISNIN,
RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Penutup Dikir Syarafil Anam
di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Februari. - Dikir Maulud sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diadakan setiap hari selama 12 malam berturut-turut di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong berakhir malam ini dengan Majlis Penutup Dikir Syarafil Anam.

Kementerian Pembangunan menyertai majlis berkenaan yang dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, bagi mengimarahkan sambutan tersebut.


MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman ketika mengepalai rombongan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya menyertai Majlis Dikir Maulud di Jame 'Asr Hassanil Bolkiah Kampung Kiarong.
(Foto : Ampuan Hj. Mahmud Ampuan Hj. Tengah)

Hadir selaku tetamu kehormat Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

Acara bermula selepas Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah dengan bacaan Surah Al Faatihah diketuai oleh tetamu kehormat, kemudian diikuti pula dengan bacaan Dikir Assalaimualaika, Dikir Khairuman, Dikir Badat dan Dikir Asyrakal Badru beramai-ramai yang dipersembahkan oleh pegawai-pegawai kementerian berkenaan serta penduduk sekitarnya.

Kegiatan keagamaan yang dijalankan secara berterusan itu dihasratkan bagi memuliakan dan menghayati sambutan maulud di masjid-masjid seluruh negara selain membesarkan hari-hari kebesaran Islam.

(Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim)

Kembali ke muka utama