Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Hotline || Arkib ||

EDISI ISNIN,
RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Polis tutup kawasan
Jalan Sungai Liang Bypass

LUMUT, Jumaat, 3 Februari. - Pihak polis telah menutup serta-merta jalan utama di kawasan Kilometer 28 berdekatan dengan kawasan BMC Jalan Sungai Liang Bypass hari ini kerana terdapat kerosakan paip di bawah jalan berkenaan.

Pihak polis belum dapat memastikan tahap kerosakan jalan terbabit dan kerja-kerja pembaikan perlu dilakukan dengan mengorek jalan terbabit yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

Bagi melicinkan kerja-kerja pembaikan, jalan berkenaan perlu ditutup sehingga kerja-kerja pembaikan selesai. Pengguna jalan raya kawasan terbabit yang dalam perjalanan daripada Kuala Belait menuju Bandar Seri Begawan terpaksa melalui arah lorong jalan daripada Bandar Seri Begawan Ke Kuala Belait.

Bagi menghindari kekeliruan pemandu, pihak polis telah meletakkan tanda-tanda jalan penutupan sebahagian daripada jalan berkembar itu termasuk tanda arahan perlahan dan meletakkan kon-kon jalan. Di samping itu pihak kontraktor juga telah diarahkan untuk menyimpan tanda-tanda lampu untuk keperluan di waktu malam.

Pihak polis mengingatkan pengguna-pengguna jalan berkenaan terutama pemandu supaya lebih berhati-hati dan sentiasa memberikan kerjasama semasa melalui kawasan jalan tersebut terutama di waktu malam.

(Oleh : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

Kembali ke muka utama