Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Hotline || Arkib ||

EDISI ISNIN,
RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Program Berdikir Belia
semarakkan Maulidur Rasul

KUALA BELAIT, Jumaat, 3 Februari. - Setiap datang bulan Rabiulawal, kaum muslimin di segenap pelusuk dunia Islam merayakan maulid, kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dengan cara dan adat yang mungkin beraneka ragam dan berbeza-beza.

Meskipun cara dan adat meraikan sambutan tersebut tidak serupa namun tetap pada satu tujuan, iaitu memperingati kelahiran Rasul Junjungan kita serta menunjukkan rasa sukacita dan bergembira dengan kelahiran Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.


PEMANGKU Pegawai Daerah Belait, Haji Ishak bin Haji Abu Hanifah semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Program Berdikir Bersama Belia.

Di Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali membesarkan sambutan Maulidur Rasul dengan mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid-masjid di seluruh negara. Sehubungan itu Jabatan Belia dan Sukan, Daerah Belait lewat petang kelmarin mengadakan Program Berdikir Bersama Belia di Masjid RPN Kampung Pandan.

Hadir selaku tetamu kehormat, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Ishak bin Haji Abu Hanifah. Juga hadir, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Abdul Malik bin Haji Mohammad.

Hampir 160 belia terdiri daripada penuntut-penuntut sekolah menengah dan sekolah-sekolah agama Daerah Belait menyertai program yang pertama kali diadakan tahun ini bagi sama-sama memeriahkan malam-malam Maulidur Rasul dan juga mengimarahkan masjid.


PROGRAM Berdikir Bersama Belia diadakan di Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait.

Majlis Berdikir bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ia diadakan sejurus selesai menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.

Merayakan dan membesarkan maulid Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, insan yang paling dicintai oleh seluruh umat Islam sama seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam umpama simbol bagi agama Islam.

(Berita dan Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

Kembali ke muka utama