Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Hotline || Arkib ||

EDISI ISNIN,
RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

KHEDN adakan dikir
ke Masjid Kg. Sg. Liang

KUALA BELAIT, Jumaat, 3 Februari. - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman hari ini mengetuai rombongan dikir Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) di Masjid Kampung Sungai Liang, sebagai sebahagian dari Program Majlis Dikir ke Majlis Perundingan Mukim di Daerah-Daerah.

Majlis tersebut sebagai meluahkan rasa kecintaan serta taat setia kepada Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, dengan tujuan untuk sama-sama menghidupkan malam-malam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman semasa mengetuai rombongan dikir Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) di Masjid Kampung Sungai Liang.

Di samping itu, kunjungan rombongan Yang Berhormat juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan KHEDN dan pemimpin-pemimpin akar umbi, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) serta penduduk-penduduk di mukim berkenaan. Majlis serupa telah diadakan di Daerah Temburong yang lalu.

Majlis Dikir bermula selepas Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat disudahi dengan bacaan doa selamat sebelum Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah. Sebanyak tiga buah dikir diperdengarkan pada malam tersebut iaitu Dikir Assalamualaika yang diketuai oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Liang, Dikir Bisharin Udana Laila diketuai oleh Takmir Masjid Sungai Liang manakala MPK Lumut I dan Lumut II mengetuai Dikir Asyrakal.


SEBAHAGIAN daripada yang hadir di majlis tersebut.

Hadir sama Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan dan pegawai serta kakitangan di jabatan-jabatan di bawah KHEDN, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung di Daerah Belait, ahli-ahli MPMK dan penduduk-penduduk kampung.

Majlis dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mukim Liang dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Liang diselaraskan oleh Jabatan Daerah Belait.

Kembali ke muka utama