Rombongan dikir dari Kementerian Kesihatan diketuai oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof.
Juga hadir Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Dato Paduka Awang Haji Abdul Salam bin Abdul Momin, Pengarah-pengarah, Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai-pegawai kanan serta kakitangan di kementerian tersebut.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah yang diimamkan oleh Imam Haji Md. Ali bin Timbang Al-Hafiz.
Yang Berhormat Menteri Kesihatan kemudiannya mengetuai bacaan Surah Al Faatihah dan seterusnya dikir bersama dengan Kumpulan Dikir Kementerian Kesihatan.
Majlis merupakan acara tahunan Kementerian Kesihatan bagi menyemarakkan lagi sambutan Maulidur Rasul selain untuk menyerikan malam-malam menjelang Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dengan acara dikir.
(Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman)
Kembali ke muka utama