Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Hotline || Arkib ||

EDISI ISNIN,
RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Skim Tilawah Al-Qur'an Remaja
mendapat sambutan

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Februari. - Pelajar-pelajar Skim Tilawah Al-Qur'an Remaja telah giat menyertai peraduan-peraduan membaca Al-Qur'an baik di peringkat sekolah agama, menengah, Institusi Pengajian Tinggi, belia kebangsaan, universiti Asia Tenggara, belia Asia Tenggara malah ke peringkat dewasa kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Skim Tilawah Al-Qur'an Remaja itu terus mendapat sambutan yang baik di mana pagi tadi para pelajar yang terpilih telah menghadirkan diri bersama ibu bapa dan penjaga pada Majlis Kemasukan dan Taklimat Pelajar-pelajar Baru Skim Tilawah Al-Qur'an Remaja Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Ke-15 Sesi 2012/2013 bertempat di Sekolah Ugama Beribi, Gadong.


TETAMU kehormat, Pemangku Penolong Pengarah Pengajian Islam, Dayang Hajah Rudita binti Haji Yahya ketika hadir pada Majlis Kemasukan dan Taklimat Pelajar-pelajar Baru Skim Tilawah Al-Quran Remaja Ke-15 Sesi 2012/2013.
(Foto : Masri Osman)

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Sekolah Ugama Beribi, Gadong di sini ialah Pemangku Penolong Pengarah Pengajian Islam, Dayang Hajah Rudita binti Haji Yahya.

Pada majlis tersebut para pelajar bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit Ko Kurikulum dan Pelajaran Lanjutan, Awang Haji Ismail bin Haji Mohd. Arshad.

KETUA Unit Ko-Kurikulum dan Pelajaran Lanjutan, Awang Haji Ismail bin Haji Mohd. Arshad ketika menyampaikan taklimatnya kepada pelajar-pelajar baru yang memasuki Skim Tilawah Al-Quran Remaja Ke-15 Sesi 2012/2013.
(Foto : Masri Osman)

Ketua Unit Ko-Kurikulum dalam taklimatnya antara lain menerangkan mengenai sesi pembelajaran, keselamatan, ujian akhir, skim lanjutan, pakaian dan kehadiran para pelajar.

Beliau juga mengharapkan agar pelajar-pelajar skim tersebut akan sentiasa mendisiplinkan diri sesuai sebagai pelajar Skim Tilawah Al-Qur'an Remaja.

Skim tersebut bertujuan untuk melatih dan membimbing golongan remaja dalam pembacaan Al-Qur'an dengan betul melalui lagu-lagu tilawah yang masyhur, di samping melahirkan pembaca-pembaca Al-Qur'an yang baik dan berkeupayaan di kalangan remaja.

Selain itu mereka juga diharap akan menjadi pelapis qari dan qariah negara di masa akan datang.


SEBAHAGIAN daripada pelajar-pelajar baru remaja lelaki dan perempuan yang berjaya memasuki Skim Tilawah Al-Quran Remaja bagi pengambilan ke-15 sesi 2012-2013 ketika hadir mendengarkan taklimat.
(Foto : Masri Osman)

Pelajar-pelajar skim berkenaan akan mempelajari pelajaran tarannum Al-Qur'an, tajwid, murattal dan tausyeh dalam masa dua tahun.

Majlis berakhir dengan sesi soal jawab dan bacaan Surah Al 'Ashr.

(Oleh : Khartini Hamir)

Kembali ke muka utama