Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Pelan tindakan operasi bersepadu
perlu selaras


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri ketika berkenan bergambar ramai bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Jubli Emas Penubuhan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Sempena Majlis Perbarisan, Persembahan Padang dan Pameran Khas Sambutan Jubli Emas Penubuhan JBP.
(Foto : Ak. Amirulnizam Pg. Hj. Mohd. Ali)

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 9 Mac. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersabda, pelan tindakan dan tatacara operasi bersepadu Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) bersama agensi berkaitan perlu sentiasa dipantau, dinilai dan diselaraskan keberkesanannya demi memastikan tindakan dan operasi bantuan yang cekap dan mencapai matlamatnya.

Program 'public outreach' yang sudah diperkenalkan di negara ini seperti Sukarelawan Bomba, Kadet Bomba dan Penyelamat dan Jerayawara Kempen Pencegahan Kebakaran, sabda Duli Yang Teramat Mulia, perlu diteruskan serta dimantapkan mengikut amalan terbaik terkini khusus bagi mewujudkan kesedaran dan kesiapsiagaan yang tinggi di kalangan masyarakat untuk menangani serta mengurangkan apa jua impak dan kemungkinan bencana.

"Penguatkuasaan dan pematuhan kepada piawaian keselamatan hendaklah terus dipertingkatkan dan sentiasa dipantau, di samping keperluan latihan-latihan bersepadu dengan berbagai agensi yang berkenaan bagi menangani insiden atau ancaman bencana termasuk yang berbentuk 'non-conventional' demi mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan negara secara keseluruhannya," sabda DYTM ketika berkenan berangkat ke Majlis Perbarisan, Persembahan Padang dan Pameran Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan JBP hari ini.

DYTM seterusnya bersabda, dalam konteks kerjasama serta hubungan serantau dan antarabangsa, JBP perlulah memantapkan keupayaan khususnya dalam aspek-aspek pengendalian operasi bencana dan juga menimba kemahiran baru yang relevan bagi mendukung peranan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dalam menangani kecemasan awam yang semestinya juga dirancang 'worst case scenario'.

"Dalam hubungan ini perkongsian kepakaran, kemahiran dan latihan, perlulah segera dipertingkatkan berdasarkan rangka perjanjian dan kerjasama yang sedia ada," sabda DYTM di majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas.

Dalam pada itu DYTM juga bersabda menyeru setiap peringkat anggota bomba dan penyelamat supaya memiliki tahap iltizam dan komitmen yang tinggi, di samping etika kerja yang murni dan berdisiplin bagi menjadikan jabatan berkenaan sebuah institusi keselamatan dan pertahanan awam yang berwibawa dan setanding dengan yang lain di rantau ini.

(Oleh : Bolhassan Haji Abu Bakar dan Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim)

Kembali ke muka utama