''UNTUK menjadi pemimpin, keperluan untuk menguatkan amalan konsep M.I.B sangatlah mustahak. Jangan sekali-kali cuba menganut ideologi atau sistem lain dari ideologi dan sistem M.I.B''. - Titah Sempena Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet.
PULAU Luba terletak di sebelah timur Kampung Bunut dan Kawasan Sungai Brunei, dan jalan masuk melalui Jalan Haji Halus, Bunut, di atas sebidang tanah berkeluasan 50 hektar. Pulau ini ditumbuhi dengan hutan bakau dan menjadi tempat tinggal burung laut. Di kawasan pulau ini terdapat sebuah Makam Diraja, dikenali Makam di Luba Sultan Kamaluddin, salah seorang Raja Brunei yang terkenal dengan sifat warak dan keramat, dan kuat beragama.
SUMBER : Kenali Negara Kitani Tempat-Tempat Eksotik
Jabatan Penerangan Brunei Darussalam