''UNTUK menjadi pemimpin, keperluan untuk menguatkan amalan konsep M.I.B sangatlah mustahak. Jangan sekali-kali cuba menganut ideologi atau sistem lain dari ideologi dan sistem M.I.B''. - Titah Sempena Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet.
“WAHAI orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu, mudah-mudahan kamu sentiasa beringat. Jika kamu tidak mendapati seorang pun di dalamnya maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin dan jika diberikan kepada kamu : “Baliklah”, maka hendaklah kamu balik. Itu lebih baik bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan’’. - Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah An-Nur, ayat 27 - 28.
PADA awalnya dikenali sebagai Unit Latihan pada tahun 1977 dan kemudian secara rasminya ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Pejabat Perjawatan (nama lama JPA) di Jalan Kumbang Pasang. Pada Mei 1993 dinaik taraf kepada Institut Perkhidmatan Awam (IPA) yang memberi tumpuan kepada program latihan pengurusan dan pentadbiran. IPA kemudian berpindah ke bangunan sekarang di Jalan Kampung Rimba dan menggunakan logo IPA secara rasmi pada Februari 1997. Pada 1999, IPA beroperasi di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan skopnya.
Jabatan Penerangan Brunei Darussalam