''UNTUK menjadi pemimpin, keperluan untuk menguatkan amalan konsep M.I.B sangatlah mustahak. Jangan sekali-kali cuba menganut ideologi atau sistem lain dari ideologi dan sistem M.I.B''. - Titah Sempena Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet.
"IAITU mereka (umat Islam) yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat serta mereka menyuruh berbuat yang ma'ruf dan melarang daripada mengerjakan yang mungkar. Dan kepada Allah jualah kesudahan segala urusan".
- Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Haj, ayat 41
PERMOHONAN untuk mendapatkan Sijil Halal dan / atau Permit Halal adalah mandatori bagi pemilik perniagaan yang berkaitan dengan makanan di Negara Brunei Darussalam. Ada dua kategori permohonan iaitu Sijil Halal yang mana permohonan dikhususkan dan diwajibkan kepada Penyediaan Makanan termasuk Restoran / Kafe; Medan Selera (Food Court); Dapur Pusat (Central Kitchen). Sementara Permit Halal (mengeluarkan produk) pula merupakan permohonan dikhususkan dan diwajibkan kepada Penyediaan Makanan di kemudahan pemprosesan makanan termasuk Kilang Pemprosesan Produk Makanan.
SUMBER : Laman Sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Jabatan Penerangan Brunei Darussalam