Manage PermissionsManage Permissions

Asal usul Kampung Perpindahan Mata-Mata

12/06/2015

‚ÄčOleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman / Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

menyusur

knkSEBAGAI usaha berterusan di dalam membantu penduduk kampung dan juga ketua-ketua kampung di negara ini terutama sekali di dalam mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keduanya, di samping mendengar apa jua masalah yang dihadapi oleh mana-mana kampung di negara ini Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) meneruskan Program Sua Muka atau 'Personal Contact' ke kediaman Ketua Kampung Perpindahan Mata-Mata, Pengiran Haji Mohd. Salleh bin Pengiran Haji Abd. Rahman.


Dalam pertemuan tersebut, Ketua Kampung Perpindahan Mata-Mata turut meluahkan perasaan berbesar hati beliau di atas keprihatinan jabatan ini membuat dan meneruskan perkara berkebajikan dalam usaha memperkenalkan Kampung Perpindahan Mata-Mata dan sekali gus memberikan penerangan asal usul penduduk yang mendiami kampung tersebut serta aktiviti dan juga beberapa kemudahan yang terdapat di kampung berkenaan.


Asal usul penduduk Perpindahan Mata-Mata berasal dari berbilang kampung ialah Kampung Sumbiling Lama; Kampung Sumbiling Baru; Kampung Baru-Baru; Kampung Pulau Berbunut; Kampung Sungai Kedayan (kebakaran); Kampung Sultan Lama (kebakaran) dan Kampung Bunut (kebakaran).

rencana 130615 sabtu asal usul kampung mata-mataKAMPUNG Perpindahan Mata-Mata turut memiliki beberapa kemudahan bagi kegunaan para penduduk di kampung berkenaan, antaranya ialah
Masjid Kampung Perpindahan
Mata-Mata Gadong, Daerah Brunei dan Muara untuk kegunaan umat Islam mengerjakan amal ibadah serta beberapa
lagi kemudahan lainnya juga turut tersedia (atas dan bawah).

Menurut Pengiran Haji Mohd. Salleh, penduduk-penduduk yang mula berpindah ke kampung berkenaan pada awal tahun 1983 adalah secara berperingkat-peringkat.


''Keramaian perumahan di Kampung Perpindahan Mata-Mata adalah sebanyak 210 buah dan ini tidak termasuk Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ Mata-Mata) yang mana saya ditugaskan untuk mematai-matai dan membuat pengurusan kebajikan yang bersangkut paut dengan tugas yang diberikan kepada saya,'' tambahnya.


Keramaian penduduk mengikut Banci Penduduk pada tahun 2011 adalah seramai 2,241 penduduk dan jumlah penerima pencen tua di kampung berkenaan sebanyak 281 termasuk penerima Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesakit jiwa serta mereka yang menerima kebajikan sejumlah 105 penerima.

rencana 130615 sabtu asal usul kampung mata-mata 01


Kemudahan yang terdapat di kampung berkenaan termasuklah Sekolah Rendah Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar. Sekolah ini dibina pada Mac 1990 dengan keluasan tanah 15.037 ekar. Dengan pembinaan sebanyak BND3.8 juta dan siap dibina pada bulan Ogos 1992. Pada 1 September 1992 sekolah ini mula beroperasi dengan nama Sekolah Rendah Kampung Perpindahan Mata-Mata Gadong.


PENAMAAN


Pada 23 Julai 1996 bersempena dengan hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-50 Tahun, Sekolah Rendah Kampung Perpindahan Mata-Mata telah ditukar nama kepada Sekolah Rendah Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar, sempena nama salah seorang guru berbakti, iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Md. Daud.


Kemudahan lain termasuk masjid; Klinik Ibu-Ibu dan Kanak-Kanak (tetapi sekarang sudah berpindah Klinik di Kampung Rimba); Padang Permainan (sekarang belum lagi dapat digunakan) dan jalan-jalan raya yang sudah dinaiktarafkan serta saluran najis yang juga turut dinaiktarafkan dan Kedai Syarikat Koperasi (ahli-ahlinya terdiri daripada anak-anak kampung sendiri).


Dalam pertemuan tersebut, Pengiran. Haji Mohd. Salleh yang dilahirkan di Kampung Sumbiling pada 1 November 1948 dan menjadi Ketua Kampung Perpindahan Mata-Mata pada 11 Julai 2009 hingga kini turut memohon agar kampung berkenaan turut mengadakan aktiviti permainan untuk generasi sekarang seperti permainan tinting, simban, kuit, pasang, congkak dan tarian asli selain dapat aktif dalam membuat pertukangan tangan / kraf tangan sebagai aktiviti sampingan kampung tersebut.

rencana 130615 sabtu asal usul kampung mata-mata 02
Beliau juga turut mencadangkan supaya nama-nama jalan akan dapat diubah / dibubuh kepada nama-nama kampung asal seperti Jalan Sumbiling Lama, Sumbiling Baru atau Jalan Berbunut dan sebagainya agar generasi baru akan tahu asal usul penduduk yang menduduki kampung berkenaan.


Sebelum menjadi Ketua Kampung Perpindahan Mata-Mata sebelumnya terdapat tiga orang ketua kampung yang mentadbir perpindahan ini, iaitu dari Kampung Sumbiling Baru Ketua Kampungnya Allahyarham Pengiran Haji Puteh bin Pengiran Ahmad, Kampung Berbunut / Baru-Baru Ketua Kampungnya Allahyarham Awang Haji Hamid bin Rais dan Kampung Sultan Lama Ketua Kampungnya Allahyarham Awang Omar bin Duah. Selepas itu, lantikan secara undi Ketua Kampung Haji Anuar bin Tahir, setelah beliau bersara jawatan ketua kampung dipangku sementara oleh Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Yakub dan Allahyarham Pengiran Haji Abd. Latif bin Pengiran Haji Tajuddin dan Ketua Kampung Tungku, Awang Haji Ismail bin Rejab sehingga tahun 2009.


Selain itu, penduduk kampung ini juga turut mengikuti beberapa aktiviti seperti aktiviti mengutip derma anak-anak yatim, lawatan-lawatan ke luar negeri seperti ke Malaysia, Indonesia, Singapura, China dan baru-baru ini ke Viet Nam.


Dalam kesempatan ini, Pengiran Haji Mohd. Salleh juga turut memohon beberapa kemudahan untuk kampung berkenaan seperti tempat beriadah, gerai jualan hasil usaha anak-anak kampung, pondok polis, pernantian bas untuk anak-anak sekolah serta penduduk kampung, dewan serbaguna, memperbaik padang dan tempat pembuangan sampah khas dan lain-lain kemudahan yang bersesuaian.


Attachments