Manage PermissionsManage Permissions

STKRJ Kampung Katok 'A' terus membangun

04/12/2015

‚ÄčOleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md Noor

051215 rencana001 kampung katok STKRJ Kampung Katok A terus membangun

051215 rencana002 kampung katok STKRJ Kampung Katok A terus membangunDENGAN perjalanan kira-kira 11.2 kilometer dari Bandar Seri Begawan, kita akan sampai ke perumahan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Katok 'A', Tungku Kawasan 3, Mukim Gadong 'A'.

STKRJ Kampung berkenaan adalah di bawah pengawasan seorang Ketua Kampung, iaitu Awang Haji Adanan bin Haji Bagol seorang bekas Pengajar Teknik Kanan bermula dilantik sebagai jawatan tersebut pada 2 Jun 2015 dengan berkelulusan akademik Diploma Tertinggi Kebangsaan in Building Studies di Lancashire Polytechnic, United Kingdom pada tahun 1990.

Dengan keluasan 69.15 hektar (152.13 ekar), kawasan ini mempunyai keramaian penduduk 1,894 sehingga bulan Ogos 2015. Kawasan yang diawasi oleh beliau ialah bermula Simpang 355-21 rumah jenis 'E', iaitu 706 orang, Simpang 355-86 jenis rumah 'D', iaitu 534 orang, manakala Simpang 355-101 jenis rumah 'C' mencatatkan 492 orang dengan jumlah keseluruhan 1,776 orang mengikut jumlah banci 2014. Dari jumlah tersebut penghuni yang berumur 18 tahun ke atas ialah 1,409 orang dan penghuni berumur di bawah 18 tahun ialah 485 orang.

051215 rencana004 kampung katok STKRJ Kampung Katok A terus membangun

KETUA Kampung STKRJ Kampung Katok 'A',
Tungku Kawasan 3, Mukim Gadong 'A', 
Awang Haji Adanan bin Haji Bagol.

Ketua Kampungnya semasa ditemu ramah di rumah kediamannya di No. 4, Simpang 355-101, Kampung Katok 'A' di dalam Program Sua Muka (Personal Contact) anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bahawa terdapat rumah di bawah skim yang dicatatkan ialah sebanyak 272 buah dan terdapat 112 pintu barek kerajaan.

Program berkenaan anjuran Jabatan Penerangan, JPM yang dikendalikan oleh Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan dalam usaha untuk terus menjalin kolaborasi yang lebih erat hal ehwal kemasyarakatan.

051215 rencana003 kampung katok STKRJ Kampung Katok A terus membangun

SUASANA persekitaran Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Katok 'A'.

Di samping tujuannya untuk membina minda kesedaran sivik masyarakat yang menjurus ke arah cintakan ugama, bangsa, raja dan negara selaras dengan aspirasi kerajaan dan rakyat, ia juga dapat memupuk semangat kekitaan dan bertanggungjawab terhadap negara serta menyemai hubungan yang erat di antara kerajaan dan rakyat.

Ketua Kampung juga menceritakan penerima bantuan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu 39 penerima pencen tua dan 38 adalah penerima bantuan kebajikan. Penduduknya kebanyakan bekerja dengan sektor kerajaan dan selebihnya berniaga sendiri.

Kawasan STKRJ ini mempunyai penduduk yang majoriti Melayu menubuhkan Majlis Perundingan Kampung (MPK) pada 22 November lepas dengan melantik penasihatnya, Pengiran Dato Paduka Haji Abdul Rahman bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Pengerusi Lembaga Bandaran, Bandar Seri Begawan. Sejauh ini para penduduk kampung berkenaan mengadakan majlis menaikkan bendera negara dan mengadakan majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

051215 rencana005 kampung katok STKRJ Kampung Katok A terus membangun

051215 rencana006 kampung katok STKRJ Kampung Katok A terus membangun

AHLI-AHLI MPK sedang mengadakan mesyuarat membincangkan aktiviti-aktiviti kampung.

Awang Haji Adanan juga memberitahu bahawa walkaton silaturahim kawasan STKRJ berkenaan akan diadakan pada hari Ahad, 6 Disember dengan bertujuan suai kenal untuk mengeratkan perpaduan dan bermula jam 6.30 pagi.

HARAPAN

Beliau juga menyarankan harapan agar para penduduk kampung memberikan kerjasama yang padu terhadap apa jua perancangan dengan memberikan sokongan dan dorongan semata-mata untuk memajukan dan memberikan kesejahteraan kampung berkenaan. Dengan adanya semangat bersatu padu dan saling bekerjasama sepertimana yang diharapkan kawasan STKRJ tidak akan jauh ketinggalan dari kampung-kampung lain dalam apa jua aktiviti yang dirancang dengan misi mengekalkan perpaduan dengan iman dan takwa.


Attachments