Manage PermissionsManage Permissions

Keharmonian Kampung Pancha Delima, Anggerek Desa

26/12/2015

​Oleh : Norliah Md. Zain / Foto : Azmah Haji Ahad, Mohd. Mahdi Haji Marsidi

KAMPUNG Pancha Delima dan Anggerek Desa merupakan dua buah kampung yang terletak di Mukim Berakas 'A'. Kedua-dua kampung ini ditadbir oleh Ketua knkKampung, Awang Haji Zulkifli bin Haji Awang Ya’akub.


Beliau yang mula dilantik pada 26 Jun 2008 ini juga menjadi Pemangku Ketua Kampung Orang Kaya Besar Imas dan Kampung Pulaie. Sebelum menjawat jawatan sebagai ketua kampung, Awang Haji Zulkifli merupakan bekas Pegawai Waran 1 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.


Menurut Awang Haji Zulkifli, sebelum ini Kampung Pancha Delima hanyalah dinamakan Kampung Delima dan perkataan ‘Pancha’  dibubuh pada sekitar tahun 1967 ke 1968.

Majoriti penduduk Kampung Pancha Delima terdiri daripada puak Melayu Brunei yang berasal dari Kampong Ayer iaitu Kampung Sumbiling Lama dan Kampung Sultan Lama. Mereka mula menetap di situ sekitar tahun 1958.

rencana 261215 isnin keharmonian kampung 01KETUA Kampung Pancha Delima dan Anggerek Desa, Awang Haji Zulkifli bin Haji Awang Ya’akub.

Kampung Pancha Delima mempunyai 1,478 penduduk yang terdiri daripada 764 orang lelaki dan 714 perempuan. Sebanyak 123 buah rumah yang terdapat di kampung ini.

rencana 261215 isnin keharmonian kampung 02PUSAT Kesihatan Berakas 'A' adalah kemudahan yang disediakan bagi kegunaan penduduk Kampung Pancha Delima,
Anggerek Desa dan sekitarnya.

rencana 261215 isnin keharmonian kampung 03

BANGUNAN Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam.

rencana 261215 isnin keharmonian kampung 04
STESEN Minyak Shell TAIB Delima antara kemudahan yang digunakan oleh para penduduk
Kampung Pancha Delima, Anggerek Desa dan sekitarnya.

Sementara Kampung Anggerek Desa pula, dikatakan nama 'Anggerek Desa' itu diberikan oleh Allahyarham Yang Berhormat Pengiran Dato Paduka Haji Damit bin Pengiran Haji Sunggoh yang mana Allahyarham merupakan ketua kampung pertama yang dilantik oleh kerajaan bagi di kampung tersebut. Kampung itu mempunyai 1,954 penduduk yang terdiri daripada 987 lelaki dan 967 perempuan. Sebanyak 188 buah rumah persendirian dan 26 buah bangunan kerajaan termasuk secara berasingan dan flat.


Di Kampung Anggerek Desa, beberapa bangunan di sini sering menjadi tumpuan para usahawan muda yang menjadi pemilik syarikat permulaan (start-ups) menimba ilmu pengetahuan. Di sinilah terletaknya Anggerek Desa Tech Park antaranya Bangunan D&T Untuk Inovasi dan Kreativiti di bawah LKEB, Pusat Inovasi iCentre, Hub Ilmu dan sebagainya.

rencana 261215 isnin keharmonian kampung 05SEKOLAH Rendah Anggerek Desa kemudahan bagi murid-murid Kampung Pancha Delima dan Anggerek Desa.

rencana 261215 isnin keharmonian kampung 06BANGUNAN Pusat Inovasi iCentre.

rencana 261215 isnin keharmonian kampung 07BEBERAPA papan tanda menuju bangunan-bangunan kerajaan iaitu klinik dan bangunan
Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dan Taman Industri Teknologi Anggerek Desa.

rencana 261215 isnin keharmonian kampung 08SUASANA Jalan Anggerek Desa.

Kebanyakan penduduk Kampung Pancha Delima dan Anggerek Desa bekerja di sektor kerajaan dan swasta serta persendirian. Pihak kerajaan sememangnya prihatin terhadap kebajikan rakyat dan penduduk di negara ini yang mana semua kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan telefon dapat dinikmati menjadikan taraf hidup penduduk Kampung Pancha Delima dan Anggerek Desa sangat baik. Untuk kedua-dua kampung ini, seramai 155 orang menerima pencen tua, 27 penerima bantuan dari Jabatan Pembangunan Masyarakat, tiga orang penerima bantuan fakir miskin, tiga orang anak yatim, lima orang muallaf dan 14 orang-orang cacat dan kurang upaya.

rencana 261215 isnin keharmonian kampung 09BANGUNAN Hub Ilmu (KHUB).

rencana 261215 isnin keharmonian kampung 10BANGUNAN D&T Untuk Inovasi dan Kreativiti.

Bagi menjamin keselamatan penduduk setempat, pada 10 September 2015 Pengawasan Kejiranan Kampung Pancha Delima, Kampung Anggerek Desa dan Kampung Orang Kaya Besar Imas, telah mengadakan rondaan di kawasan kampung-kampung berkenaan dengan melibatkan 11 anggota polis dan 21 penduduk kampung.


Attachments