Manage PermissionsManage Permissions

STKRJ Rimba aman damai

02/01/2016

‚ÄčOleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

KENALI Negara Kitani kali ini mempaparkan mengenai Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Rimba yang terletak di Mukim Gadong perjalanan kirakira 11.2 knkkilometer dari Bandar Seri Begawan.


STKRJ Kampung berkenaan adalah di bawah pengawasan seorang Ketua Kampung, iaitu Awang Haji Abdul Wahab bin Timbang yang memulakan jawatannya sebagai ketua kampung pada 1 Ogos 2007 adalah pesara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Dengan keluasan 69.15 hektar (152.13 ekar), kawasan ini mempunyai keramaian penduduk 6,800 orang. Rumah di bawah skim yang dicatatkan ialah sebanyak 560 buah terdiri dari 61 buah rumah kelas B, 154 buah kelas C, 97 buah kelas D, 50 buah kelas E, perumahan ekspo 99 sebanyak 87 buah manakala rumah berkembar 111 buah.

020116 rencana sabtu stkrj rimba 01SUASANA STKRJ Kampung Rimba.


Ketua kampung juga menceritakan penerima bantuan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu 276 orang penerima pencen tua dan 136 orang menerima bantuan Jabatan Perkhidmatan Masyarakat (JAPEM), orang cacat dan kurang upaya seramai 18 orang, pencen orang gila 7 orang dan tiga orang pencen orang buta.


Kampung ini tidak ketinggalan diberikan kemudahan asa seperti bekalan eletrik, jalan raya, bekalan air dan pondok telefon.

020116 rencana sabtu stkrj rimba 03KETUA Kampung, Awang Haji Abdul Wahab bin Timbang.

Kemudahan-kemudahan awam yang didirikan ialah Institut Perkhidmatan Awam, Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Kem Tentera ABDB dan Kem Polis Tentera (simpanan) dan Pusat Urusniaga Holtikultur.


Dalam bidang keagamaan, ketua kampung menjelaskan, para penduduk kampung beragama Islam tidak ketinggalan dari mengikuti acara-acara bercorak keagamaan seperti perarakan Maulidur Rasul, majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha dan Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung yang diadakan dalam bulan Ramadan dan sebagainya.

020116 rencana sabtu stkrj rimba 02SEBAHAGIAN ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) STKRJ Kampung Rimba.

Beliau juga menyarankan harapan agar para penduduk kampung memberikan kerjasama yang padu terhadap apa jua perancangan melalui Majlis Perundingan Kampung (MPK) yang ditubuhkan pada 1 Ogos 2007 dengan mempunyai ahli-ahli yang berperanan dalam bidang yang dilantik dalam memberikan sokongan dan dorongan semata-mata untuk memajukan dan memberikan kesejahteraan kampung berkenaan. Dengan adanya semangat bersatu padu dan saling bekerjasama sepertimana yang diharapkan itu maka kawasan STKRJ diharap tidak akan jauh ketinggalan dari kampung-kampung lain dalam apa jua aktiviti yang dirancang.

020116 rencana sabtu stkrj rimba 04AWANG Chiang Meng Fatt.

Ketika ditemui, Awang Chiang Meng Fatt, salah seorang penduduk skim berkenaan yang sudah lama tinggal di sini, iaitu sejak tahun 1997 dan telah dilantik menjadi salah seorang ahli MPK, iaitu Biro Ekonomi memang sudah biasa bergaul dengan orang-orang kitani, iaitu Melayu Brunei. ''Saya bersyukur kerana di sini kehidupan aman damai dan saya tiada masalah bergaul dengan pendudukdi sini kerana kepimpinan dari ketua kampung yang sentiasa berbincang dengan ahli-ahli MPK.''


Attachments