Manage PermissionsManage Permissions

Menjadi rakyat Brunei : Perlu mematuhi syarat dibawah undang-undang



MMN LOGO 2015

Oleh: Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Mac. - Akta Taraf Kebangsaan sudah ada pada tahun 1961 yang mana menetapkan rakyat jati terdiri daripada tujuh puak, manakala rakyat-rakyat yang lain boleh menjadi rakyat apabila memenuhi syarat-syarat menjadi rakyat iaitu antaranya lama tinggal di negara ini dan lulus bahasa.

Demikian dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman semasa menjawab persoalan yang disuarakan oleh Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Awang Goh King Chin pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesebelas Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang bersidang pada hari kelima di Dewan Majlis MMN, di sini.

“Adapun CI (Certificate of Identification) ini, dijelaskan sedikit pada tahun 1979 apabila Pindaan Perjanjian dengan Kerajaan British untuk membolehkan kita merdeka mengambil alih semula tanggungjawab antarabangsa sepenuhnya sebagai sebuah negara yang merdeka, perkara ini telah timbul iaitu di mana dalam Exchange of Notes antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Inggeris berhubung dengan rakyat British setelah Negara Brunei Darussalam Merdeka,” ujar Yang Berhormat.

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.


Menurut, Yang Berhormat Pehin, dalam 'Exchange of Notes' itu, telah dijelaskan mereka boleh menjadi rakyat dan boleh tinggal di Brunei, boleh menjadi rakyat apabila memenuhi syarat-syarat di bawah undang-undang yang ada, jadi kemerdekaan tidak mengubah Akta Taraf Kebangsaan, mengekalkannya kerana itu sangat utama kepada Negara Brunei Darussalam.

RIZAL 11 MMN PTG 110315 00YANG Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Awang Goh King Chin.

“Kesimpulannya, untuk mengatakan bahawa Akta Taraf Kebangsaan Tahun 1961 itu seolah-olah menyekat untuk memasukkan ataupun menjadikan orang-orang yang dilahirkan di Negara Brunei Darussalam sehingga umur 60 tahun supaya mereka itu dijadikan rakyat berdasarkan kelahiran dengan umur 60 tahun, untuk kepentingan Negara Brunei Darussalam dalam jangka panjang maka Akta Taraf Kebangsaan tersebut tidaklah perlu dipinda atau diubah,” terang Yang Berhormat.

Close