Manage PermissionsManage Permissions

Program RRP suntik semangat kenegaraan pelajar



Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 19 April. - Program Rakan Remaja Penerangan (RRP) dihasrat untuk mendekati para remaja di sekolah-sekolah supaya mereka peka dengan perkembangan semasa serta menanamkan semangat kenegaraan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan remaja.

Sehubungan itu, Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan meneruskan lagi Program RRP ke Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan (BSB), di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pengarah Politeknik Brunei, Kementerian Pendidikan, Denis Ho Mun Tai.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa BSB, Kho Guik Lan selaku Pengerusi Bersama program berkenaan; tenaga pengajar serta 145 pelajar Tahun 9 dan 123 pelajar Tahun 10 sekolah berkenaan.

Dalam ucapan alu-aluan daripada Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa antara menjelaskan, menerusi Program RRP tersebut, para pelajar diharap akan dapat manfaat.

Di samping itu katanya, program tersebut akan dapat menyuntik semangat kenegaraan dalam kalangan para pelajar.

Pada majlis itu, taklimat 'Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya.

Semasa menemu bual pelajar Tahun 9, sekolah tersebut, Awang Ahmad Zafri bin Abdullah menjelaskan, Program RRP dapat meningkatkan semangat patriotik kepada golongan remaja.

Close