Manage PermissionsManage Permissions

Kampung Madang punyai ketua kampung baharu



Oleh:Khartini Hamir / Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi


SETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Dr. Awang Haji Abd. Manaf bin Haji Metussin menyampaikan Sijil Lantikan Ketua Kampung Madang Mukim Berakas 'B' yang baru kepada Awang Haji Emran bin Haji Ismail.


BERAKAS, Selasa, 31 Mac. - Lantikan Ketua Kampung yang baharu akan mampu memikul amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai pemimpin di peringkat akar umbi.

Ke arah itu, Majlis Perundingan Kampung (MPK) juga perlu memainkan peranannya sebagai tulang belakang kepada Ketua Kampung dalam sama-sama merancang, mengendali dan mengungkayahkan kegiatan-kegiatan serta aktiviti-aktiviti kampung dengan mempertingkatkan penglibatan dan penyertaan anak-anak kampung dalam mencapai maksud dan hasrat perpaduan dan keharmonian tersebut.

Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Dr. Awang Haji Abd. Manaf bin Haji Metussin menjelaskan perkara itu pada majlis Penyampaian Sijil Lantikan Ketua Kampung Madang, Mukim Berakas ‘B’ yang berlangsung di kediaman Ketua Kampung Madang, Mukim Berakas ‘B’, Awang Haji Emran bin Haji Ismail yang baharu dilantik.

MAHDI01 310315 KETUAKGSETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Dr. Awang Haji Abd. Manaf bin Haji Metussin semasa hadir selaku tetamu kehormat
pada  Majlis Penyampaian Sijil Lantikan Ketua Kampung Madang Mukim Berakas 'B' di kediaman Ketua Kampung Madang, Mukim Berakas 'B',
Awang Haji Emran bin Haji Ismail yang baru dilantik.

Beliau berkata, peranan, tugas dan tanggungjawab yang perlu ditanai dan dilaksanakan oleh Penghulu Mukim dan Ketua Kampung adalah menyeluruh dan penuh dengan cabaran yang merangkumi dan meliputi bukan sahaja hal ehwal kebajikan, kesejahteraan dan kemasyarakatan penduduk mukim dan kampung, tetapi juga semua aspek hal ehwal kehidupan mukim dan kampung merangkumi pembangunan fizikal, ekonomi, sosial, keselamatan, keagamaan, kebudayaan dan lain-lain.

MAHDI09 310315 KETUAKGSETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Dr. Awang Haji Abd. Manaf bin Haji Metussin
semasa melancarkan Papan Tanda Ketua Kampung Madang, Mukim Berakas 'B'.

“Dalam hubungan ini, sebagai Penghulu Mukim dan Ketua Kampung bekerjasama dengan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dalam memikirkan bersama untuk memajukan dan menjaga kesejahteraan dan kebajikan anak-anak buah kampung dan seterusnya membuat rancangan-rancangan khususnya dalam mencemerlangkan kampung biskita,” ujarnya.

Dalam menjaga kesejahteraan dan keamanan sebuah kampung ialah dengan memastikan tiada jenayah berlaku dan tiada ancaman ke atas keselamatan nyawa serta harta benda menerusi kegiatan jahat penjenayah-penjenayah.

Tetamu kehormat, Dr. Awang Haji Abd. Manaf juga menyarankan para Penghulu Mukim dan Ketua Kampung supaya akan dapat menggunakan Jawatankuasa Pengawasan Kejiranan Kampung dengan kerjasama agensi penguatkuasa yang lain semata-mata bertujuan untuk menjaga keselamatan penduduk di dalam mukim dan kampung berkenaan.

Beliau juga mengingatkan adalah penting bagi para Penghulu Mukim dan Ketua Kampung sebagai pemimpin kepada anak-anak buahnya untuk mengambil tindakan yang sewajarnya seperti sentiasa mengambil status terkini profil hal ehwal yang berkaitan dengan kampung masing-masing sekurang-kurangnya enam bulan sekali terutama statistik keramaian penduduk yang menetap dari semasa ke semasa.

MAHDI04 310315 KETUAKGSEBAHAGIAN daripada penduduk kampung yang hadir.

Beliau juga menyeru agar penduduk-penduduk Kampung Madang supaya akan dapat bekerjasama dan memberikan sokongan padu kepada Awang Haji Emran selaku Ketua Kampung Madang, Mukim Berakas ‘B’ yang baharu dan adalah diharapkan kepada Awang Haji Emran supaya akan dapat menggiatkan usahanya dalam 'mengelinga' dan memeduli keperluan dan kepentingan masyarakat kampung ini serta dapat menunaikan tugas dan tanggungjawabnya dengan sempurna dan cemerlang.

Majlis Penyerahan Sijil Lantikan telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Ketua Kampng Madang, Mukim Berakas ‘B’ yang baharu, Awang Haji Emran bin Haji Ismail turut membaca Ikrar Ketua Kampung.

Majlis juga diselajurkan dengan pelancaran Papan Tanda Ketua Kampung Madang, Mukim Berakas ‘B’ yang diadakan di perkarangan kediaman Ketua Kampung baharu dilantik yang telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Awang Haji Emran telah pun melaporkan diri untuk bertugas sebagai Ketua Kampung Madang pada 2 Mac 2015 yang lalu dan beliau kini berusia 62 tahun pernah berkhidmat di Kementerian Kesihatan sebagai Pegawai Rekod Perubatan Kanan sebelum bersara pada 15 Mac 2008.

Kampung Madang kini mempunyai keramaian penduduk lebih kurang 1,700 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai peringkat umur.

Hadir sama dalam majlis tersebut Timbalan Setiausaha Tetap, KHEDN, Awang Mohammad Sunadi bin Haji Buntar; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain dan Penghulu Mukim Berakas ‘B’, Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.

Close