Manage PermissionsManage Permissions

MPK Subok tinjau produk Kampung Sungai Bunga



Berita dan Foto : Ihsan Majlis Perundingan Kampung Subok


BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac. - Rombongan seramai 17 ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Subok telah mengadakan lawatan ke Kampung Sungai Bunga pada 26 Mac baru-baru ini.

Rombongan telah diketuai oleh Setiausaha MPK Subok, Awang Haji Suhaimi bin Haji Japar. Turut serta pada lawatan tersebut ialah Ketua Biro Lawatan dan Riadah, Awang Dolamit bin Haji Hitam berserta ahli-ahli MPK Subok.

Semasa lawatan berkenaan, rombongan MPK Subok telah dialu-alukan oleh Pemangku Ketua Kampung Sungai Bunga, Pengiran Haji Abd. Rahman bin Pengiran Haji Zainal bersama Setiausaha MPK Sungai Bunga, Awang Zaini bin Haji Salleh, yang juga Ketua Biro Ekonomi dan Pelancongan bersama ahli-ahli MPK Sungai Bunga.

Lawatan yang dikelolakan oleh Biro Lawatan dan Riadah MPK Subok tersebut antara lain adalah untuk melihat lebih dekat produk-produk yang dihasilkan oleh Kampung Sungai Bunga. Selain itu, bagi menimba pengalaman bagi ahli-ahli MPK Subok dan mengeratkan silaturahim antara kedua-dua buah kampung. 

Close