Manage PermissionsManage Permissions

Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia DPMM



Oleh : Aimi Sani / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman


BOLKIAH GARISON, Khamis, 16 Februari. - Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di semua surau di Perkhemahan dan Garison ABDB sempena Sambutan Hari Puja Usia Ke-43 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral ABDB.

Hadir pada majlis utama yang diadakan di Surau Ad-Difa’ Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit.

Turut hadir, ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah; Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, serta Pemerintah-Pemerintah Tentera, Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi), pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan ABDB, pegawai-pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Maa’idah oleh Sarjan (U) Haji Muhamad Syasuandi bin Haji Abu Bakar dari Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT) diikuti dengan Sembahyang Fardu Maghrib, Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yaa Siin dan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

Close