Manage PermissionsManage Permissions

UBD, UNISSA dan UTB adakan majlis kesyukuran



Oleh : Marlinawaty Hussin / Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali


TUNGKU LINK, Khamis, 16 Februari. - Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang Ke-43 Tahun diadakan di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah juga merupakan Pro Canselor UBD, Pro Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Pro Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB).

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

Acara dimulakan dengan menunaikan Solat Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid UBD, diikuti dengan Solat Sunat Hajat Berjemaah.

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Muhammad Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dan diikuti dengan Solat Fardu Isyak Berjemaah sebelum majlis berakhir.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal; Naib Canselor UBD, Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz dan Naib Canselor UTB, Profesor Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

Majlis merupakan anjuran bersama UNISSA, UBD dan UTB.

Close