Manage PermissionsManage Permissions

Peguam Negara terima kunjungan hormat



Siaran Akhbar dan Foto : Pejabat Peguam Negara


BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Mac. - Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum bertempat di Bangunan Undang-Undang, di sini.

Menurut Siaran Akhbar Pejabat Peguam Negara, semasa kunjungan hormat tersebut, Yang Berhormat Peguam Negara dan PYT Nicola Rosenblum telah bertukar-tukar pandangan dalam beberapa perkara mengenai pelbagai perkara undang-undang serta peluang latihan dengan pejabat tersebut.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut, Penggubal Undang-Undang, Dayang Alice Khan binti Ahmad Khan dan pegawai-pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.

Close