Manage PermissionsManage Permissions

Indera SC menang selesa



Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said





BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Februari. - Pasukan Indera SC berjaya mengutip tiga mata penuh setelah menumpaskan pasukan Wijaya FC dalam Perlawanan Liga Super Brunei DST 2017.


Perlawanan tersebut berlangsung di Padang Kompleks Sukan Berakas, di sini.


Gol pasukan Indera SC dijaringkan seawal minit ke-28 separuh masa pertama menerusi pemain pasukan Wijaya FC, Badrul anak Bujang.


Kedua-dua pasukan saling membuat serangan dan percubaan untuk menyumbat gol ke gawang lawan masing-masing namun tidak berhasil.


Kedudukan 1-0 terus tidak berubah sehingga separuh masa kedua, namun pada minit ke-82, Suhaimi  Sulau berjaya menambah lagi jaringan buat pasukan Indera SC hasil tandukan beliau yang dihantar oleh Naziruddin Haji Ismail.


Pasukan Indera SC akhirnya menang selesa dengan keputusan 2-0.



Close