Manage PermissionsManage Permissions

Dayang Aishah juarai The Nyirik Culinary Challenge



Oleh : Marlinawaty Hussin \ Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

 

 



BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 31 Disember. - Resipi masakan kuih Pancit dan kuih Kuchi daripada Dayang Aishah binti Hassan, 64 tahun dari Kampung Perpindahan Rimba Awam menjadi pilihan para juri The Nyirik Culinary Challenge sebagai juara pada cabaran kulinari yang diadakan di Dermaga Diraja, di ibu negara.

 

Pada cabaran kulinari itu, Dayangku Nurul Ani Hafizah binti Pengiran Azman, 22 tahun dari Kampung Kilanas meraih tempat kedua, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Awang Amiruddin bin Haji Shahrin, 27 tahun, dari Kampung Menunggol Laut, yang mana masing-masing menghasilkan resipi kuih Puteri Mandi dan kuih Puteri Mandi Berwarna-Warni.

 

Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah isteri Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan dan Sumber-Sumber Utama (KSSUP), Dayang Nor Faridah binti Ahad.

 

Terdahulu, tetamu kehormat menyaksikan demo masakan oleh para peserta dan kemudian merasa masakan berkenaan yang dihakimi oleh para juri terdiri daripada cef-cef Hotel Antarabangsa Rizqun, Royal Brunei Catering dan Brunei Hotel.

 

Cabaran kulinari anjuran bersama Eko Kampung dan Eco Ponies Garden dengan sokongan KSSUP tersebut juga diadakan di keempat-empat daerah sempena Brunei December Festival (BDF) 2017.



Close