Manage PermissionsManage Permissions

Penempatan Kampung Setia mencecah usia 52 tahun



Berita dan Foto : Haji Ahmad Haji Salim



BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 8 September. - Tanggal 6 September 1964 merupakan tarikh keramat bagi penduduk Kampung Setia ‘A’ dan ‘B’ kerana tarikh tersebut menjadi detik bermulanya penghijrahan penduduk Kampung Rangau, Limbang ke Brunei, yang kini sudah mencapai usia 53 tahun lamanya.

Sehubungan itu, Majlis Doa Kesyukuran sempena Memperingati 53 Tahun Penghijrahan Penduduk Kampung Rangau ke Brunei Darussalam dan juga sempena Memperingati 52 Tahun Penganugerahan Penempatan Kampung Setia.

Majlis diselajurkan dengan bertahlil dan Doa Arwah yang berlangsung di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampung Setia, Mukim Sungai Kebun, di sini.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai yang diketuai oleh Iman Masjid berkenaan, Awang Mohd Azree bin Haji Asli, yang juga membaca Doa Kesyukuran serta bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

Majlis diselenggarakan oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Kumpulan Saudara Ku Kampung Setia yang turut dihadiri oleh Ketua Kampung Setia ‘A’, Awang Haji Asli bin Haji Mamut, selaku Penasihat Kumpulan tersebut.

Close