Manage PermissionsManage Permissions

Skuad bola jaring raih pingat Gangsa








Berita dan Foto oleh Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin


KUALA LUMPUR, Ahad, 20 Ogos. - Penyertaan skuad bola jaring negara pada Sukan SEA Ke-29 akhirnya membuahkan hasil setelah mengalung pingat gangsa di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini.

Sekalipun kalah berdepan dengan pasukan-pasukan Singapura, Thailand dan Malaysia pada persaingan peringkat saringan, namun skuad negara berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir kerana menyekat pasukan Filipina, tetapi akur dengan kekalahan di separuh akhir pada Malaysia selaku juara bola jaring ASEAN.

Berangkat pada upacara tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, selaku Pengurus Pasukan Bola Jaring Negara Brunei Darussalam ke Sukan SEA Ke-29, Kuala Lumpur, Malaysia.

Terdahulu pasukan tuan rumah, Malaysia menang selesa, 65 - 41 untuk menewaskan penyandang pingat emas 2015, Singapura pada perlawanan akhir untuk membawa pulang pingat emas.

Hadir selaku tetamu kehormat menyampaikan pingat ialah Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Bagi skuad negara pingat tersebut merupakan pingat gangsa negara yang keempat setelah pasukan sepak takraw negara berjaya mencipta sejarah dengan kutipan tiga pingat pada Sukan SEA kali ini.

Close