Manage PermissionsManage Permissions

Kasuka FC sekadar seri dengan MS PDB



Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin


BERAKAS, Sabtu, 8 Julai. - Perlawanan di antara Kasuka FC dan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB)  berkesudahan dengan 2-2 bagi siri Perlawanan Liga Super Brunei DST 2017, yang berlangsung di Padang Kompleks Berakas, di sini.


Perlawanan bermula dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan pada separuh masa pertama namun Kasuka FC berjaya menjaringkan gol dari Haji Khairol Anwar Haji Md. Yaakub seawal minit ke-9.


Umpanan jauh yang tepat daripada pemain tengah Pasukan MS PDB seterusnya berjaya menemui APO 7071  Abdul Azim  Abdul Rashid yang kemudiannya menjaringkan gol setelah berjaya membuat asakan cerdik untuk melepaskan penjaga gawang Kasuka FC, Md. Sahan  Mumtazali pada minit ke-40.


Pada babak kedua pula, Kasuka FC berjaya mengawal permainan dengan membuat serangan demi serangan namun gagal menyudahi peluang terbuka pada minit ke-68 dan ke-69.

MS PDB seterusnya mendahului jaringan pada minit ke-73 setelah umpanan daripada sepakan sudut berjaya disudahi dengan baik oleh CPL 4346 Rosmini Haji Abdul Kahar.


Penjaga gawang MS PDB, CPL 4673 Md. Khairol Amin Haji Zainuddin akhirnya ditewaskan oleh Md. Esmendy Ibrahim apabila Pasukan Kasuka FC sekali lagi dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-90. Keputusan 2-2 kekal hingga ke wisel penamat.

Close