Manage PermissionsManage Permissions

Masjid Kampung Batu Marang adakan Majlis Ilmu



Berita dan Foto : Ihsan Haji Mohammad bin Haji Isa


MUKIM MENTIRI, Ahad, 11 Jun. - Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Batu Marang mengadakan Majlis Ilmu dalam Kuliah Subuh yang diadakan di masjid kampung tersebut.

Hadir ke majlis ini ialah Ketua Kampung Batu Marang, Awang Haji Maidin bin Tarip; Penasihat Jawatankuasa Takmir masjid berkenaan, Pengiran Haji Merali bin Pengiran Ismail; Pegawai Hal Ehwal Masjid / Ketua Imam Masjid Kampung Batu Marang, Imam Saiful Rizal bin Haji Abd Ghafar dan Ahli Jawatankuasa Takmir, Ahli Muslimah serta para jemaah dan penduduk Kampung Batu Marang.

Hadir menyampaikan ceramah ialah Penceramah Undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Ustaz Ali Hassan bin Haji Mohd Said.

Isi kandungan kuliah antaranya menyentuh mengenai kelebihan menunaikan Sembahyang Sunat Tarawih Berjemaah dan malam Lailatul Qadar.

Close