Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 : Tidak ada kes baharu



​Siaran Akhbar : Kementerian Kesihatan / Infografik : Bahagian Pelita Brunei








BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 21 Julai. - Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa tidak ada kes baharu dilaporkan setakat 12.00 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD) masih kekal seramai 309 orang.



Melalui Siaran Akhbar mengenai Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di NBD, Kementerian Kesihatan juga memaklumkan bahawa setakat ini, NBD mencatatkan 441 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 sejak laporan terakhir dicatatkan, pada 6 Mei 2020.



Dalam pada itu, setakat ini, sebanyak 168 kes import dicatatkan, iaitu sejak kes terakhir jangkitan tempatan berkenaan dilaporkan.



Menurut Kementerian Kesihatan lagi, 41 kes aktif menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan menjadikan jumlah keseluruhan kes yang sembuh setakat ini kekal seramai 265 orang.



Kementerian Kesihatan turut memaklumkan mengenai Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di NBD, di mana seramai 804 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, sementara seramai 22,144 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.



Seterusnya, dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 561 sampel ujian virus SARS-CoV-2 dilaksanakan dan ini membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 ialah sebanyak 149,139 ujian.



Kementerian Kesihatan juga ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai status vaksinasi COVID-19 di mana seramai 3,285 menerima suntikan vaksin COVID-19 pada 20 Julai 2021 manakala seramai 116,743 (25.7 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.



Kemudian, seramai 21,047 iaitu sekitar 4.6 peratus pula telah menerima dua dos suntikan vaksin manakala seramai 19,577 warga emas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.



Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari Laman Sesawang Kementerian Kesihatan, iaitu 'www.moh.gov.bn' atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.

Close