Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 : 1 kes import baharu



Siaran Akhbar : Kementerian Kesihatan / Infografik : Bahagian Pelita Brunei

 




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 April. - Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa satu kes import baharu disahkan setakat 12.00 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD) adalah kekal seramai 215 orang.

 

Kes 215 ialah seorang perempuan, berumur 30 tahun, yang tiba ke negara ini dari Bangkok melalui Kuala Lumpur, pada 24 Mac 2021.

 

Penyiasatan dan pengesanan kontak mendapati satu kontak terdekat bagi kes ini, di mana ujian awal telah menunjukkan kontak ini negatif bagi virus SARS-CoV-2.

 

Menurut Kementerian Kesihatan lagi, alhamdulillah, kesemua kes yang sedang menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan adalah dalam keadaan yang baik. Jumlah keseluruhan kes yang sembuh setakat ini seramai 198 orang.

 

Setakat ini, sebanyak 74 kes import dicatatkan sejak kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan.

 

Melalui Siaran Akhbar mengenai Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di NBD, Kementerian Kesihatan juga memaklumkan bahawa setakat ini, NBD mencatatkan 336 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 sejak laporan terakhir dicatatkan, pada 6 Mei 2020.

 

Kementerian Kesihatan turut memaklumkan mengenai Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di NBD, di mana seramai 554 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, sementara seramai 16,230 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

 

Seterusnya, dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 223 sampel ujian virus SARS-CoV-2 dilaksanakan dan ini membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 ialah sebanyak 116,038 ujian.

 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari Laman Sesawang Kementerian Kesihatan, iaitu 'www.moh.gov.bn' atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.

 

Close