Manage PermissionsManage Permissions

Kenaikan pangkat pegawai kanan kerajaan



Siaran Akhbar : Jabatan Perkhidmatan Awam





BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 April. - Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Penolong Pengarah Saliran dan Pembetungan di Jabatan Kerja Raya, Awang Haji Salleh bin Haji Abd. Karim dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Saliran dan Pembetungan di Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.


Seterusnya, Penolong Pengarah di Institut Pendidikan Teknikal Brunei, Dr. Awang Haji Mohd. Zamri bin Haji Sabli dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pendidikan Teknik di Institut Pendidikan Teknikal Brunei, Kementerian Pendidikan.


Tarikh lantikan pegawai-pegawai berkenaan mula berkuat kuasa pada 19 Januari 2021.


Close