Manage PermissionsManage Permissions

7 premis perniagaan dikompaun



​Siaran Akhbar : Kementerian Kesihatan

 



 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Januari. - Kementerian Kesihatan melalui Unit Penguatkuasaan Kesihatan menjalankan beberapa sesi Operasi Merati dari 4 hingga 10 Januari 2021, di premis-premis perniagaan di Daerah Brunei dan Muara (DBM); Daerah Belait; dan Daerah Tutong.

 

Operasi Merati tersebut dijalankan di premis-premis perniagaan, DBM, di Kawasan Kiulap; Bengkurong Masin; Batu Satu; Mata-Mata; Daerah Belait, di Kampung Lumut; Daerah Tutong di Kampung Panchor Dulit.

 

Operasi Merati berkenaan melibatkan Pegawai-pegawai Penguatkuasaan Kesihatan dari Unit Penguatkuasaan Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

 

Sebanyak 56 premis perniagaan diperiksa. Hasil daripada operasi yang dijalankan mendapati bahawa tujuh premis perniagaan tidak mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan dan dikenakan denda kompaun keseluruhannya sebanyak BND1,450.

 

Antara kesalahan yang dikenakan denda kompaun adalah seperti, pengendali dan penyedia makanan premis-premis berkenaan tidak memakai sungkup muka (face mask). Manakala, kakitangan di premis-premis tukang gunting rambut dan premis-premis Establismen kecantikan dan kesihatan juga didapati tidak memakai sungkup muka (face mask); dan Tiada Kod QR Bruhealth.

 

Kementerian Kesihatan ingin menekankan dan mengingatkan orang ramai, terutama sekali bagi para pengurus dan kakitangan premis-premis perniagaan untuk mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan lainnya.

 

Pengurus perniagaan hendaklah memastikan pengendali, penyelia makanan dan kakitangan mereka memakai sungkup muka (face mask); dan melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing dan membudayakan langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 di premis perniagaan masing-masing.

 

Mendapatkan kod QR BruHealth yang khusus bagi premis-premis mereka, mencetak kod QR dan dilekatkan di kawasan yang mudah diimbas oleh pelanggan; dan menggunakan Aplikasi PremiseScan bagi memudahkan pelanggan-pelanggan yang tidak menggunakan Aplikasi BruHealth di telefon bimbit mereka.

 

Selain itu, mengamalkan langkah-langkah kebersihan di dalam premis perniagaan, terutama sekali bagi premis makanan diingatkan untuk mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan jika menyediakan makanan secara bufet.

 

Sebarang aduan atau laporan mengenai premis-premis perniagaan yang tidak mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan, orang ramai boleh membuat aduan dengan menghantar e-mel ke 'health.enforcement@moh.gov.bn' atau menghubungi Talian Darussalam 123.

 



Close