Manage PermissionsManage Permissions

Saling menyokong, mengatasi cabaran bersama



‚ÄčOleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 17 Oktober. - Persatuan Perusahaan China di Negara Brunei Darussalam (NBD), yang disokong oleh Bank of China (Hong Kong) Cawangan Brunei dan Kedutaan Besar Republik Rakyat China di NBD, menjadi tuan rumah Forum Ekonomi Tahunan mereka yang bertajuk 'Saling Menyokong dan Mengatasi Cabaran Bersama'.

 

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke NBD, Puan Yang Terutama Yu Hong dalam ucaptama menekankan agar ahli-ahli Persatuan Perusahaan China untuk terus menerus meneroka peluang-peluang perniagaan di NBD.

 

Semasa sesi dialog tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah menjelaskan mengenai landskap ekonomi tempatan semasa dan bagaimana Pelaburan Langsung Asing dapat terus memainkan peranan mereka dalam mengembangkan ekonomi NBD serta pengembangan industri yang menjadi keutamaan, iaitu Hiliran Minyak dan Gas, Makanan, Teknologi Infokomunikasi (ICT), Pelancongan dan Perkhidmatan.

 

Yang Berhormat seterusnya melahirkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli Persatuan Perusahaan China yang ditubuhkan pada 18 Julai 2016 kerana menyediakan peluang-peluang perniagaan kepada Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) tempatan serta peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan Brunei, termasuk penyediaan latihan khusus bagi memastikan tenaga kerja NBD bersiap untuk bekerja dan dilengkapi dengan kemahiran industri.

 

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

 


Close