Manage PermissionsManage Permissions

Penanaman 500 anak pokok bagi Projek Penghutanan Semula Hengyi



​Siaran Akhbar dan Foto : Hengyi Industries Sendirian Berhad

 

 



BERAKAS, Khamis, 10 September. - Hengyi Industries Sendirian Berhad (Hengyi) menjalankan Projek Penghutanan Semula kali Ke-3, di Taman Biodiversiti, Hutan Simpan Berakas sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat tersebut dalam melindungi dan memelihara biodiversiti juga persekitaran semula jadi Negara Brunei Darussalam.

 


Pada program tersebut, lebih daripada 80 peserta, terdiri daripada kakitangan Hengyi dan sukarelawan dari Sekretariat Perubahan Iklim Brunei (BCCS); Jabatan Perhutanan; Brunei's Beach Bunch; Kelab Rotary Bandar Seri Begawan (Rotary Club BSB); Mahasiswa Discovery Year Universiti Brunei Darussalam (UBD) di bawah Green Brunei; dan Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Serasa dan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Serasa berjaya menanam 500 anak pokok di seluruh kawasan seluas 0.5 hektar.

 


Sembilan jenis pokok berbeza ditanam, iaitu Kapur Paji; Selangan Daun Tebal; Binchaloi; Meranti Putih Timbul; Kapur Bukit; Sarang Punai Bukit; Sarang Punai; Sepetir; dan Merawan Ribu.

 


Oleh kerana tanah Hutan Simpan Berakas diketahui berpasir, spesies pokok yang dipilih diketahui mempunyai kadar kelangsungan hidup yang lebih tinggi di batu pasir dan tanah berpasir.


 

Pokok-pokok tersebut menyediakan pelbagai manfaat, seperti mengurangkan hakisan tanah berlaku, meningkatkan biodiversiti di kawasan tersebut, dan menawarkan tujuan pendidikan untuk Dipterocarpaceae Family.

 


Projek bertujuan untuk membantu mengembalikan semula keadaan hutan yang semakin berkurangan di kawasan tersebut yang terjejas akibat kebakaran hutan.

 


Sejak penubuhan semula Projek Penghutanan Semula pada Mei 2019, sebanyak 2,000 anak pokok ditanam di tanah seluas 2 hektar.

 


Hengyi juga mengambil langkah-langkah untuk menjaga dan memelihara semua anak pokok yang ditanam untuk memastikan kelangsungan hidup juga pertumbuhannya yang berterusan.

 


Hengyi melancarkan Projek Penghutanan Semula dengan janji untuk menanam pokok pada tanah seluas 200 hektar sebagai usaha menyokong komitmen Negara Brunei Darussalam, di bawah Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD); dan Perjanjian Paris dan Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) melalui Program Pengurangan Pelepasan dari Penebangan Hutan dan Kerosakan Hutan (REDD +).

 


Close