Manage PermissionsManage Permissions

18 pelajar IBTE terima biasiswa Hengyi



​Siaran Akhbar dan Foto : Hengyi Industries Sdn. Bhd.

 




JERUDONG, Rabu, 19 Ogos. - Hengyi Industries Sdn. Bhd. memberikan biasiswa kepada 18 pelajar dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) semasa Majlis Menandatangani Biasiswa yang diadakan di The Empire Brunei.

 

Majlis Menandatangani Perjanjian disaksikan oleh tetamu kehormat, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), di Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad. Juga hadir ialah Duta Besar Mutlak dan Istimewa Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong.

 

Biasiswa kali ini merupakan kumpulan yang kedua yang menerima biasiswa di bawah Program Biasiswa Operator Penapisan Bersama yang ditubuhkan oleh Hengyi Industries bersama dengan IBTE dan Lanzhou Petrochemical Polytechnic College (LPP), menjadikan jumlah biasiswa yang dianugerahkan kepada 48 orang.

 

Menandatangani bagi pihak Hengyi Industries ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi Industries, Awang Chen Lian Cai sementara pelajar menandatangani perjanjian masing-masing dengan ibu bapa mereka yang menyaksikan sebagai penjamin.

 

Sebagai sebahagian daripada program ini, 18 pelajar biasiswa menamatkan pengajian satu tahun di IBTE Kampus Jefri Bolkiah dan kini menjalani latihan berasaskan institusi mereka secara dalam talian dengan para profesor dari LPP.

 

Para pelajar kemudian akan melengkapkan tahun terakhir mereka melalui latihan di tempat kerja dengan Hengyi Industries di Pulau Muara Besar di mana mereka akan berpeluang memperoleh pengalaman pertama yang berharga ketika bekerja di kilang pengeluaran operasi.

 

Setelah menyelesaikan program tiga tahun, para pelajar akan ditawarkan peluang pekerjaan sepenuh masa dengan Hengyi Industries sebagai Operator Kilang.




Close