Manage PermissionsManage Permissions

Sumbangan PPE buat Sukarelawan Belia Brunei



‚ÄčOleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Ampuan Hj Mahmud Ampuan Haji Tengah




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 Ogos. - Sukarelawan Belia Brunei menerima sumbangan berupa Peralatan Perlindungan Diri (PPE) daripada beberapa buah syarikat pada majlis yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah pada 30 Julai lepas.

 

Hadir menerima sumbangan tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Urusan Ezy Printing, Dato Tiong Ing Ping dan Pengurus Am Hamitan Group, Lau Kah Houn.

 

Peralatan yang disumbangkan adalah berupa sungkup muka (face mask), sarung tangan (gloves) dan pensanitasi tangan.

 

Sukarelawan Belia Brunei adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organization - NGO) yang dibentuk untuk meringankan beban mereka yang pendapatannya terjejas oleh jangkitan wabak COVID-19, terutama dalam kalangan golongan fakir miskin dan orang-orang yang kurang berkemampuan.

 

Khidmat dan jasa sukarelawan tersebut mendapat penghargaan di mata masyarakat, terutama atas dedikasi dan komitmen yang diberikan daripada segi masa, tenaga, bahkan kewangan peribadi.

 

Setakat ini, Sukarelawan Belia Brunei membantu lebih 2,500 mereka yang memerlukan, seperti warga emas, golongan ibu tunggal, keluarga yang kurang berkemampuan dengan bantuan penghantaran daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.




Close