Manage PermissionsManage Permissions

BIBD perkenalkan Kad Kredit terbaharu



​Siaran Akhbar : Bank Islam Brunei Darussalam / Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Januari. - Pelbagai hadiah dan promosi menarik menanti orang ramai yang mengunjungi pameran BIBD di Pesta Pengguna Ke-24 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa bermula 15 hingga 19 Januari ini.


 

Pelancaran promosi kad kredit VISA baharu BIBD hari ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 


Menariknya pada kempen kali ini, setiap permohonan Kad Kredit BIBD VISA baharu berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah. Selain itu, setiap BND50 yang dibelanjakan menggunakan Kad Kredit BIBD VISA akan memberi catatan tambahan untuk cabutan bertuah.

 


Promosi yang berlangsung dari 15 Januari 2020 hingga 31 Mac 2020 itu akan menyaksikan seorang pemenang bertuah memenangi hadiah penerbangan udara bersamaan dengan 80 penerbangan balik ke Kuala Lumpur atau 19 penerbangan ke Melbourne.

 


Sepanjang Pesta Pengguna ini juga, pelanggan yang memohon kad kredit akan menerima kad kredit jenama mereka pada hari yang sama, tertakluk kepada kelulusan.

 


Orang ramai yang mengunjungi 'booth' BIBD akan menikmati hadiah percuma hanya dengan mengetahui lebih lanjut mengenai BIBD NEXGEN Mobile App termasuk produk dan perkhidmatan Ar-Rahnu.


 

Pada masa yang sama, kakitangan dedikasi BIBD juga akan membantu para pelanggan dalam menyusun semula kewangan untuk mendapatkan bayaran pulang yang lebih tinggi.

 


Pengunjung Pesta Pengguna juga akan dapat merasai penyelesaian pembayaran digital terbaru BIBD melalui Wallet NEXGEN, dan menyokong pengusaha tempatan pada masa yang sama dengan pelbagai kaedah pembayaran tanpa tunai yang disediakan semasa Pesta Pengguna.

 


Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan pelanggan menggunakan 'cashless', BIBD turut menawarkan hadiah segera untuk mana-mana pelanggan yang menunjukkan 'screenshoot QuickPay' mereka kepada kakitangan BIBD di 'booth' BIBD.

 


Close