Manage PermissionsManage Permissions

JCYS menang bergaya



‚ÄčOleh : Aimi Sani / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Januari. - Pasukan Bola Keranjang, JCYS menang bergaya setelah menewaskan Kurapak 87 - 77 bagi Kategori Di Bawah Umur 21 Tahun pada kejohanan Piala Belia Brunei (Brunei Youth Cup - BYC) anjuran Persatuan Bola Keranjang (Brunei Basketball Association - BBA) yang berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang, Batu Bersurat, di sini.

 


Objektif kejohanan tersebut adalah untuk mempromosikan minat Bola Keranjang dalam kalangan remaja dan di peringkat akar umbi di Negara Brunei Darussalam.

 


Selain itu, ia juga berfungsi sebagai platform untuk belia bersaing secara sihat, mempamerkan bakat mereka dan memahami pentingnya kerja secara berpasukan.

 


Tiga kategori akan dipertandingkan, iaitu Kategori Perempuan Di Bawah Umur 23 Tahun ; Kategori Di Bawah Umur 21 Tahun Dan 18 Tahun (Gabungan Lelaki) Dan Kategori Umur Di Bawah 13 Tahun.

 


Kejohanan ini terbuka kepada rakyat dan penduduk tetap Brunei yang mempunyai pemegang IC kuning, merah dan hijau.


 

Kategori bawah umur di bawah 13 tahun akan dijalankan selama sehari, iaitu pada Ahad, 19 Januari ini.

 


Perlawanan esok akan menyaksikan perlawanan di antara Kurapak dan Wolves, dan Higherbeingbn pula akan menentang PSK.


Close