Manage PermissionsManage Permissions

Jadikan pelajar ejen penyebaran maklumat positif



​Berita dan Foto: Aimi Sani

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Januari. - Program Rakan Remaja Penerangan (RRP) dihasrat untuk menanamkan semangat kenegaraan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan remaja serta menjadikan pelajar sebagai ejen dalam penyebaran maklumat yang positif dan berkesan kepada rakan sebaya.

 


Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan kali ini mengadakan Program RRP di Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB).

 


Hadir pada majlis tersebut ialah Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar SM YSHHB, Pengiran Sebah binti Pengiran Haji Momin.


 

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah tenaga pengajar serta 156 pelajar Tahun 9 dan Tahun 10 sekolah berkenaan.

 


Pada majlis itu, Taklimat 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Awang Hisyam bin Idris diikuti dengan tayangan video klip 'Kibarkan Bendera Negara dengan Megah.

 


Acara diserikan dengan persembahan nyanyian solo dari Jabatan Penerangan, Awang Mohammad Nor Amiruddin bin Haji Brahim serta lawak jenaka dan kuiz kenegaraan oleh Dayang Hajah Kasumawati binti Haji Buntar dan Awang Haji Mohd. Firdaus bin Haji Salleh.

 


Program RRP juga bertujuan untuk memberikan kesedaran sivik dan semangat kenegaraan terutama kepada golongan remaja ke arah pembentukan minda dan moral positif, dalam masa yang sama, ia adalah untuk mendekati golongan belia dan remaja di sekolah-sekolah melalui seni hiburan yang terarah dan terpimpin.


Close