Manage PermissionsManage Permissions

TRAVEX ketengah pelbagai produk pelancongan



‚ÄčOleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

 





 

JERUDONG, Selasa, 14 Januari. - Pelbagai produk pelancongan diketengahkan semasa Travel Exchange (TRAVEX) sempena Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2020 yang berlangsung di Dewan Pameran BRIDEX, di sini.

 


Sehubungan itu, Tourism Malaysia mengadakan Majlis Pelancaran Astaka Malaysia dan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Yang Berhormat Datuk Mohamaddin bin Ketapi.

 


Semasa ditemui Pelita Brunei, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia Tenggara), Tourism Malaysia, Azilina Azni binti Zainal Abidin berkata, bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 mereka seharusnya berada di TRAVEX untuk mempromosikan tahun yang amat penting, iaitu mengongsikan Malaysia sebagai destinasi yang mempunyai banyak produk yang boleh diketengahkan kepada para pelancong luar negara.

 


Tambahnya, mereka menyertai TRAVEX untuk menguar-uarkan Tahun Melawat Malaysia kepada semua 'international buyers' dan media antarabangsa yang hadir pada ATF kali ini.

 


Beberapa agensi lain juga menurutnya menyertai mereka pada kali ini untuk mempromosi produk-produk mereka, antaranya Malaysia Airlines, Malaysia Healthcare Tourism Council dan Selangor Tourism.

 


''Seharusnya kita akan menyokong Malaysia Airlines sebagai 'national carrier' kepada Malaysia dan juga Malaysia Healthcare Tourism Council yang mempromosikan tahun 2020 ini sebagai Malaysia Healthcare Destination 2020. Selain itu, kami ada juga Selangor Tourism, salah satu negeri di Malaysia yang memperhebatkan promosi Malaysia pada tahun ini,'' jelasnya lagi.

 


ATF bertujuan merealisasikan hala tuju kerjasama yang ditetapkan oleh 10 negara anggota, ke arah 'Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti' dan merupakan satu usaha serantau bagi mempromosikan ASEAN sebagai destinasi pelancongan, di samping menyediakan platform untuk mengetengahkan produk pelancongan.

 

Close