Manage PermissionsManage Permissions

Hubungan ekonomi meningkat



‚ÄčOleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim\  Foto : Hernie Suliana Haji Othman





JERUDONG, Rabu, 9 Oktober. - Hubungan dua hala antara Republik Persekutuan Jerman dengan Negara Brunei Darussalam dalam tempoh 12 bulan yang lalu telah menyaksikan beberapa perkembangan penting dalam hubungan ekonomi kedua buah negara.



Perkara tersebut dinyatakan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Peter Hermann Wolff pada Majlis Resepsi sempena Hari Penyatuan Republik Persekutuan Jerman (Day of German Unity) yang berlangsung di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club, di sini.



Tuan Yang Terutama seterusnya menjelaskan, salah satu projek pelaburan utama Brunei adalah pembinaan 'Fertilizer plant' di Tapak Perindustrian, Sungai Liang.



Menurut TYT, berdasarkan gas asli Brunei dari tepi pantai yang berdekatan, jelasnya, ia akan menghasilkan 2,200 metrik ton ammonia setiap hari yang akan ditukar pada 3,900 ton urea granulasi sehari setelah siap sepenuhnya.



Hadir bagi mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Majlis Resepsi tersebut ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof dan datin.



Terdahulu, lagu kebangsaan kedua-dua buah negara dimainkan dan seterusnya acara memotong kek sempena Hari Penyatuan Republik Persekutuan Jerman oleh TYT dan YB Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi bersama isteri masing-masing.




Close