Manage PermissionsManage Permissions

Ibadah korban, tanda syukur MOFE




Oleh : Haniza Abdul Latif \ Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Ogos. - Melaksanakan ibadah korban itu dituntut setiap tahun sebagai tanda syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan-Nya juga untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Justeru itu, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) juga jabatan-jabatan di dalamnya mengadakan Majlis Ibadah Korban, bertempat di Dewan Teater, Bangunan kementerian berkenaan, Jalan Commonwealth Drive, di sini.

 

Hadir pada majlis tersebut, seterusnya menyempurnakan pengagihan daging-daging ibadah korban, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 

Pada majlis tersebut, sebanyak sembilan ekor kerbau dan dua ekor kambing dikorbankan, yang disertai oleh 65 peserta juga diagih-agihkan kepada seramai 90 penerima terdiri daripada golongan asnaf fakir dan miskin.

 

Majlis pada tahun ini dikendalikan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja yang merupakan aktiviti keagamaan setiap tahun oleh MOFE juga jabatan-jabatan di dalamnya.

 

Juga hadir pada majlis tersebut, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Setiausaha-setiausaha Tetap; ketua-ketua jabatan dan bahagian; dan pegawai-pegawai dan kakitangan MOFE juga jabatan-jabatan di dalamnya.


Close